Khamis, 5 Januari 2012

Hotel Ais Ada Tiga Bilik di Belanda




















Sebuah hotel ais menawarkan harga untuk satu malam sebanyak penginapan AS$259 (RM821) termasuk sarapan pagi bermula pada 3 Disember hingga 29 Januari ini.


Hotel itu dilengkapi dengan jubah mandi, dua pasang selipar, sebuah katil dan bar mini.
Suhu hotel itu adalah di antara enam hingga lapan darjah Celcius.

Seorang pengunjung, Van Heijst berkata, dia memakai tiga pasang seluar semasa berada di dalam bilik hotel tersebut.

"Ia merupakan satu pengalaman yang menarik tetapi pastinya hanya untuk satu malam sahaja," katanya.

Ahad, 25 Disember 2011

Hotel Ais Jadi Tumpuan di Romania




















Sebuah hotel yang diperbuat daripada ais di kawasan pergunungan Fagaras (Bucharest, Romania) menjadi tumpuan orang ramai dan para pengunjung.

Hotel Balea Lac itu cuba menawarkan 10 bilik yang mempunyai katil besar dengan suhu di antara -2 dan + 2 darjah Celsius pada harga AS$45.73 (RM145.19) setiap orang.

Para pelancong juga boleh makan di restoran dalam hotel itu.

Hotel itu dibina pada setiap tahun supaya ruang dalaman tidak kelihatan sama setiap kali musim sejuk.

Pekerja-pekerja tempatan memotong lapisan ais di kawasan pergunungan itu untuk digunakan bagi membina dinding hotel ais tersebut.

Selasa, 13 Disember 2011

Tuanku Abdul Halim Yang di-Pertuan Agong ke-14





















Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’azam Shah semalam melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.
Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Kali pertama ialah dari 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975 semasa berusia 43 tahun.

Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Okt lepas untuk tempoh lima ta­hun berkuat kuasa semalam, bagi menggantikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan se­bagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 kelmarin.

Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam ka­langan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara Mer­deka pada 31 Ogos, 1957.

Istiadat semalam merupa­kan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Is­lam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar, yang mula beroperasi pada 15 Nov lepas.

Upacara bermula pada jam 11.15 pagi dengan Me­syuarat Majlis Raja-raja ke-227 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh baginda di Balairong Seri.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajud­din Putra Jamalullail.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Da­nial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim, yang memakai pakaian diRaja Kedah yang dikenali sebagai ‘Sikap’ yang terdiri daripada jaket pen­dek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tenggolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.

Baginda kemudian mela­fazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hada­pan Majlis Raja-Raja.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menjadi saksi.

Istiadat semalam juga melibatkan upacara melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Ia diikuti bacaan doa dip­impin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Da­nial Syed Ahmad kemudian memohon menangguhkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke suatu masa yang ditetap­kan.

Ini disusuli istiadat menan­datangani surat pengisytiharan memegang jawatan oleh Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong, diikuti dengan pembacaan pengisytiharan tersebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Istiadat diteruskan den­gan Sultan Muhammad V menandatangani surat peng­isytiharan memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan diikuti dengan Najib membaca peng­isytiharan tersebut.

Istiadat semalam dihad­iri oleh Raja-Raja Melayu kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Te­menggong Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Turut hadir kesemua em­pat Yang di-Pertua Negeri, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet serta ketua-ketua jabatan.

Istiadat yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 diakhiri dengan bacaan doa dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Tuanku Abdul Halim ke­mudian menerima meng­hadap menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan yang diketuai oleh Najib di Bilik Seri Mahkota.

Isnin, 12 Disember 2011

Tuanku Mizan Berangkat Pulang Penuh Istiadat




















Keberangkatan pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah pada akhir tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pagi ini, berlangsung dengan penuh istiadat diraja.

Tuanku Mizan yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007 untuk tempoh lima tahun, berangkat meninggalkan Istana Negara pada pukul 11 pagi.

Keberangkatan baginda berdua diiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaku menteri pengiring dan isterinya, Datin Seri Che Sharifah Ismail.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah sebelum itu berkenan meluangkan masa bersalaman dengan kesemua 500 petugas Istana Negara, sebelum berangkat ke Dataran Parlimen bagi upacara rasmi keberangkatan pulang baginda berdua ke Terengganu.

Tuanku Mizan yang berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong yang dikenali sebagai ”muskat” turut menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Baginda berdua berangkat meninggalkan Istana Negara dengan menaiki kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong diiringi seramai tujuh pengiring bermotosikal serta 12 pengiring am diraja daripada Kor Armour Diraja.

Sabtu, 10 Disember 2011

Masjid Zahir, Alor Setar Kedah


Masjid Zahir terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Star, Kedah dibina pada 22 Rabiulawal 1330 Hijrah (1912M).

Pembinaan masjid ini atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Reka bentuk bangunan masjid Zahir mengambil ilham Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara.

Masjid ini mempunyai keluasan tapak kira-kira 39 x 39m dengan ruang induk seluas 19.50 x 19.50m yang dikelilingi oleh ruang serambi selebar lapan kaki yang mengandungi empat buah anjung dan lima kubah utama sebagai simbol kepada Rukun Islam.

Perasmian masjid ini disempurnakan oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada hari Jumaat 6 Zulhijjah 1333 bersamaan 15 Oktober 1915.

Khamis, 10 November 2011

Masjid Jamek, Kuala Lumpur























Masjid Jamek, Jalan Tun Perak asalnya telah dibina oleh pedagang-pedagang Islam yang berasal dari India di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak, Kuala Lumpur pada zaman penjajahan British. Kedudukannya berhampiran tapak perkuburan awal di situ dan kini terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, stesen Putra LRT dan Star LRT. Ia menjadi sebahagian daripada mencu tanda Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam.

Masjid ini dibina pada tahun 1909, ia merupakan salah satu di antara masjid yang tertua di Kuala Lumpur. Pembinaannya direkabentuk dan diselia oleh Pemangku Arkitek Kuala Lumpur, Arthur Benison Hubback, yang sebelum ini bertugas di Jabatan Kerja Awam di India. Pihak British membina Masjid Jamek berhampiran dengan pusat pentadbiran iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad di seberang Sungai Gombak.Masjid ini memudahkan kakitangan kerajaan beragama Islam mengerjakan solat lima waktu dan solat Jumaat.

Seni bima masjid ini menjadikan ia sebagai mercu tanda yang kemudiannya berkembang sebagai nadi bandaraya Kuala Lumpur. Masjid Jamek merupakan masjid utama bagi solat Jumaat dan pusat aktiviti Islam sehinggalah pembinaan Masjid Negara pada tahun 1967. Masjid ini tidak dapat diperbesarkan kerana dihimpit oleh Sungai Klang dan Sungai Gombak. Awalnya ,mereka yang hendak solat perlu mengambil wuduk di bucu pertemuan sungai. Beberapa lapis tangga dibina ke dalam sungai untuk memudahkan orang ramai mengambil air sembahyang.

Reka bentuk masjid ini menurut tata rajah tradisional India Utara, dengan dewan solat terbuka ke arah laman tertutup atau "sahn". Masjid ini diapit dengan dua menara dan beberapa menara lebih kecil. Kubah bebawang di kemuncak dewan solat dan di kemuncak menara menyerupai seni bina Moghul.

Masjid Jamek adalah contoh seni bina "rasmi" British di Malaysia, yang membabitkan gabungan unsur Moor dan Mughal. Belang merah dan putih dinding batu sama seperti Masjid Jamek di Cordoba, Sepanyol, membentuk dinding luar masjid. Persamaan lain dengan masjid Moor boleh dilihat pada gerbang bertiang dalam bentuk berpetak dan perincian dengan selang jalur batu-bata, plaster dan marmar.

Pentadbir Inggeris adalah pihak yang mula membawa kubah di bangunan-bangunan di Malaysia. sumber inspirasi mereka ialah bangunan-bangunan Moghul di India. Maka muncullah masjid berkubah di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Masjid Zahir Alor Star dan Masjid Jamek Kuala Lumpur. Kemuncaknya ialah Bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan ibu pejabat KTM dan Stesen Kereta api Kuala Lumpur.

Isnin, 10 Oktober 2011

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar Perak























Masjid Ubudiah terletak di bandar diraja Kuala Kangsar, Perak.

Masjid ini dibina di atas titah Sultan Idris Mursyidul Azam Shah, Sultan Perak Ke-28. Upacara perletakan batu asas masjid ini diadakan pada 26 September 1913 dan siap di bina dan dibuka dengan rasminya pada tahun 1917 oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah.

Mempunyai pengaruh seni bina `Saracenic' (Islam-India) telah direka bentuk oleh A.B. Hubback, seorang arkitek kerajaan. Sementara kerja-kerja perlaksanaannya telah diletakkan di bawah kelolaan Caufield, Ketua Jurutera Negeri Perak.