|
MENU
JOM JANA DUIT
IKLAN
ONLINE PAYMENT
LAIN-LAIN
|
Seminar Buat Duit -
ebiz, seminar ebiz, rahsia perniagaan internet, idea internet, bisnes internet, bisnes online, jana duit online, seminar perniagaan internet malaysia, perniagaan internet, usahawan internet, rahsia buat duit, seminar buat duit, buat duit di internet, buat duit, duit internet, duit, wang siber, idea bisnes, idea perniagaan, pelaburan internet, team saifulsham, saifulsham consultants
Buat Duit Di Internet Oleh Team SaifulSham
"Seminar Perniagaan Internet
Yang Menghasilkan Peratusan
Peserta Berjaya Tertinggi di Malaysia.
Peserta Dibimbing Tanpa Henti Sehingga
Berjaya!
Adakah Anda Seterusnya?"
|
| Kursus : RAHSIA BUAT DUIT DI INTERNET |
| Tarikh : Sabtu, 29 DIS 2007 |
| Masa : 8.40 am - 6.40 pm |
| Tempat : Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, KL |
|
Salam Sejahtera dan Salam Hormat,
Diharapkan saudara-saudari sentiasa dirahmati dan diberi kekuatan dalam setiap apa yang dikerjakan. Moga-moga kebahagiaan dan ketenangan mengiringi hidup saudara-saudari.
Kami sentiasa percaya bahawa seminar perniagaan internet kami adalah yang terbaik di Malaysia. Kami sentiasa percaya bahawa barangsiapa yang menyertai seminar perniagaan internet kami pasti berjaya. Tetapi, sesiapa sahaja boleh percaya dengan apa yang mereka lakukan, yang membezakan adalah HASILNYA!
Setelah setahun kami menganjurkan seminar perniagaan internet, kami telah melahirkan ramai peserta dari ZERO knowledge hinggalah ada antara mereka kini meraih pendapatan puluhan ribu ringgit daripada perniagaan internet mereka sendiri. Jauh melepasi pelaburan awal untuk ke seminar kami.
Buktinya? Buktinya kami telah senaraikan alumni-alumni peserta seminar dan laman web mereka dibawah. Kami terangkan kepada anda, bagaimana dan apa yang diajar kami sehingga membolehkan mereka meraih pendapatan yang sebegitu lumayan.
Jadi, anda seharusnya menemui jawapan bahawa, seminar perniagaan internet kami bukan melahirkan peserta yang boleh mempunyai laman web semata-mata. Kami melahirkan peserta yang mampu menghasilkan pendapatan melalui internet!
Walaupun peserta seminar kami datang tanpa mempunyai apa-apa asas perniagaan internet. Itu janji kami.
| FAKTA: 90% Perniagaan Internet gagal kerana salah cara, laman web tidak menjual, salah konsep, menggunakan modal yang tinggi ketika bermula dan pelbagai lagi masalah remeh yang sebenarnya boleh dielakkan jika mengikuti kaedah yang betul. |
|
Perniagaan Internet bukanlah satu silap mata atau skim cepat kaya seperti pelaburan internet. Sebaliknya ia sama sahaja dengan perniagaan biasa, ada jual beli. Hari ini, seorang demi seorang usahawan Internet Malaysia telah lahir membuktikan kredibiliti Internet sebagai pasaran menjual antarabangsa yang luas.
Namun dengan saiz yang besar, anda cenderung untuk hilang haluan ataupun terus tersasar tanpa panduan yang nyata.
Kami tahu, kerana kami juga adalah anda satu ketika dahulu. Namun, kegagalan cuma satu halangan sementara buat kami. Berbekalkan sedikit ilmu asas, panduan dari mentor-mentor budiman dan pengalaman praktikal bertahun-tahun, akhirnya kami mendapat satu formula dan sistem Mula Niaga yang boleh diikuti sesiapa sahaja.
Ya! Walaupun anda seorang pesara. Ya! Walaupun anda baru belasan tahun. Kalau anda berada di dalam linkungan umur tersebut, apatah lagi. Pasti Berjaya.
Inilah peluang anda untuk memendekkan learning curve anda dan mengelakkan kegagalan dalam perniagaan Internet anda. Ikuti langkah mereka yang telah berjaya.
Akhirnya Terbongkar!
Anda akan didedahkan bagaimana kami mendapatkan produk dari luar negara, dijual kembali diinternet, TANPA Menyimpan Hatta Sebarang Stok Produk & Bagaimana Kami Meraih Pelanggan Yang Kebanyakannya dari Amerika Syarikat.
Semuanya dalam Kos Yang RENDAH Hatta seorang Pelajar pun boleh Melakukannya! |
|
|
Modul #1
"Cara Praktis Untuk Mengetahui Produk Apa Yang Sedang Dan Bakal Laris Di Pasaran"
Antara soalan yang kerap ditanya oleh bakal-bakal usahawan Internet adalah:
"Saya memang nak menjual kat Internet. Tapi saya tak tahu nak jual apa. Karang jual kang tak laku pulak."
Jadi dalam Modul #1 ini, anda akan diajar bagaimana untuk mencari idea mendapatkan produk yang diperlukan dan laris dipasaran:
| |
 |
Bagaimana untuk mendapatkan idea produk untuk dijual.
Ramai orang buntu memikirkan idea-idea produk yang sesuai untuk dijual diinternet.
Ramai orang tidak tahu kekuatan dan minat setiap individu adalah satu perkara yang unik dan ramai yang tidak tahu bagaimana mengubahsuai dan menukarkan minat dan hobi kepada produk.
Kami sedia menunjukkan satu persatu kaedah yang digunakan kami sendiri untuk mendapatkan idea produk yang paling ideal. |
| |
 |
Di mana Untuk Mendapatkan Sumber Produk
Mendapatkan sumber produk adalah masalah kedua selepas masalah mencari idea dan permintaan pasaran selesai. Selalunya, ramai usahawan internet buntu memikirkan dimanakah tempat sesuai untuk mencari produk pada harga yang murah dan tanpa perlu berurusan rumit seperti mendapatkan produk dari pengedar.
Kami akan tunjukkan anda bagaimana mendapatkan sumber produk bukan hanya tertumpu pada produk fizikal, malahan juga produk digital seperti eBook. Terdapat 4 kaedah yang diguna pakai oleh ramai jutawan internet dalam mencari sumber produk.
Kini, anda tidak perlu menghabiskan masa menulis ebook, tugas anda hanyalah menukar nama penulis eBook itu kepada nama anda. Dan anda jual kembali dan simpan kesemuanya sebagai keuntungan anda.
Anda juga boleh mendapatkan produk fizikal seperti kraftangan, barangan elektronik, pakaian, aksesori dan lain-lain dari pengedar-pengedar besar diinternet tanpa perlupun menyimpan stok dirumah anda mahupun membina gudang simpanan stok. Kesemuanya kami akan tunjukkan kepada anda. |
| |
 |
Bagaimana untuk mengetahui Permintaan (Demand) pengguna di internet
Kesilapan paling besar usahawan internet yang baru adalah menjual apa sahaja yang dirasakan hebat pada pandangannya. Ini adalah satu sebab besar mengapa 90% perniagaan internet gagal.
Kami akan mendedahkan kepada anda bagaimana untuk mengetahui permintaan pengguna internet bukan sahaja di Malaysia malahan permintaan pengguna internet global.
Kami menggunakan 4 kombinasi rahsia untuk membuat analisis pasaran yang kesemuanya hanya ditunjukkan dalam seminar ini.
-Apakah dan Bagaimana Mendapatkan Perisian Kajian Pasaran Secara PERCUMA! dan Bagaimana Menggunakannya
Tidak ramai yang tahu terdapat perisian-perisian khas yang digunakan oleh ramai usahawan internet terkenal didunia untuk mengenalpasti permintaan pengguna diinternet.
Istimewanya, tidak ramai yang tahu bahawa tidak semua perisian ini berbayar, ada yang PERCUMA. Dan itulah perisian yang kami akan gunakan nanti.
Itulah juga yang anda akan gunakan. |
| |
 |
Bagaimana berniaga dengan menjadi orang tengah di internet (Middle Man)
Jika anda tidak mempunyai kepakaran dalam skill tertentu seperti mereka cipta design ebook, tidak mempunyai kepakaran melukis, mahupun tidak tahu bagaimana kaedah terbaik menjual produk kegemaran anda, seminar ini adalah yang terbaik buat anda.
Anda akan ditunjukkan bagaimana mengekploitasi kepakaran orang lain diinternet tetapi laman jualan itu adalah hak kepunyaan anda sepenuhnya. Anda mempunyai hak kawalan 100 peratus ke atas laman web anda.
Seminar ini akan mengajar juga bagaimana menjual barangan dan produk atas jenama laman web anda tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar. Hatta sesiapapun mampu melakukannya.
-Tidak tahu mengenai maklumat pembekal produk yang paling reliable diinternet
|
| |
 |
Usah risau lagi, di forum khas untuk protege seminar ini, alumni kami diberikan senarai-senarai pembekal yang paling reliable diinternet.
Pembekal-pembekal ini bersedia menawarkan anda gajet elektronik, pakaian, cenderamata, dan banyak lagi pada harga pukal. Dan anda boleh menjualnya kembali diinternet dengan keuntungan yang lumayan!
Ingat, pembekal ini tidak memerlukan anda membeli secara banyak, cukup untuk anda menempah satu-persatu mengikut tempahan pelanggan anda. Tetapi, anda masih mendapat barangannya pada harga pukal.
Kesemua senarai pembekal ini akan diberikan secara PERCUMA! (Kesemua mereka mempunyai nombor telefon, alamat, nombor fax untuk dihubungi!) |
| |
 |
Bagaimana menyesuaikan Produk yang dijual dengan Model-Model Perniagaan Yang Ada
Setiap jenis produk mempunyai model perniagaan internet yang sendiri. Apakah model perniagaan internet yang sesuai bagi pakaian, gajet elektronik, cenderamata, hadiah dan produk fizikal lain?
Apakah model perniagaan internet bagi ebook? Apakah model perniagaan internet bagi perkhidmatan? Tahukah anda setiap dari produk diatas mempunyai model perniagaan yang berbeza.
Dan itulah yang akan diajarkan oleh seminar ini nanti, bagaimana mengetahui jenis perniagaan yang sesuai agar anda tidak tersalah dalam memulakan langkah perniagaan internet anda. |
 |
 |
Cara mendapatkan produk yang anda mahu tanpa mengeluarkan modal besar beli secara borong!
Hah! Inilah rahsia kami yang menjadi rebutan. Anda tidak boleh memulakan perniagaan internet tanpa modal tanpa rahsia ini! (HINT: Ada caranya anda boleh beli produk dari pengeluar apabila pelanggan anda beli dari anda. Tiada stok lapuk!) (Kami melakukannya secara live di PlanesPlanet.com)
|
| |
 |
Pembungkusan & Penjenamaan -- Tahukah anda pelanggan di Internet lebih berkuasa dari pelanggan biasa? Jika mereka tidak berpuas hati dengan produk yang mereka terima, mereka boleh mengarahkan bank untuk mengembalikan wang mereka semula. Hah, di sinilah pentingnya anda membina jenama dan mempelajari rahsia pembungkusan kami.
|
| |
 |
Bagaimana anda dapat mengelakkan diri dari melakukan perkara yang anda benci. Berniaga adalah satu nikmat, 9/10 dari rezeki datang darinya. Bolehkah anda bertahan setahun, 10 tahun dengan perniagaan internet anda tanpa jemu?
|
| |
 |
Ketahui topik-topik hangat di Internet yang boleh anda tukar menjadi produk untuk di jual dan menguntungkan. Cara brainstorming untuk menjana idea produk luar biasa. (Niche kecil yang anda boleh kuasai persaingannya!) |
 |
 |
Start Small Finish Big Satu lagi petua kami untuk memastikan perniagaan anda menghasilkan wang dan keuntungan dan tidak rugi. Tahukah anda berapa ramai syarikat edagang muflis kerana bermula dengan modal terlalu besar dan tidak mengikut petua ini? Anda mahu jadi seperti mereka, atau jadi seperti kami? ;)
|
| |
 |
Terima bayaran dari pelanggan dengan kredit kad Tidak perlu akaun bank off shore ataupun rahsia-rahsia kompleks. Deposit terlampau dan sebagainya. Kami tunjukkan cara supaya anda boleh terima bayaran kad kredit di laman web dengan PERCUMA.
fakta: Jika anda tidak menerima pembayaran kad kredit, anda akan kehilangan 90% pelanggan! |
... dan banyak lagi! |
|
|
Modul #2
"Kelengkapan Yang Perlu Ada Sebagai Usahawan Internet"
| |
 |
Bagaimana bermula perniagaan internet tanpa modal?
Team SaifulSham memulakan perniagaan internet dengan modal kosong. Zero cost! Sebenarnya, terdapat beberapa jenis perniagaan internet yang boleh dimulakan tanpa kos! Bukan sahaja perniagaan pengiklanan tetapi perniagaan produk seperti gajet elektronik.
Jika anda sememangnya orang yang berkira mengenai kos awal perniagaan, seminar ini mungkin adalah yang terbaik untuk anda.
Team SaifulSham akan memberitahu anda bagaimana anda boleh bermula tanpa sebarang kos. |
| |
 |
Bagaimana memulakan perniagaan internet seluruh dunia TANPA KAD KREDIT?
Antara kegusaran awal bakal peniaga internet adalah tidak mempunyai kad kredit. Tujuan kad kredit selalunya digunakan untuk membeli domain name, hosting, payment processor, dan perisian-perisian dimana kebanyakan penyedianya adalah syarikat luar negara.
Seminar ini akan menjelaskan anda kaedah alternatif selain kad kredit, yang mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Hatta golongan pelajar sekalipun.
Dan, jika anda memiliki kad kredit sekalipun, tidak semestinya kad kredit anda boleh digunakan diinternet. Setiap penyedia kad kredit (kebanyakannya bank) mempunyai peraturan mereka sendiri untuk menggunakan kad kredit diinternet.
Jadi, seminar ini akan menjelaskan satu-persatu apakah kad kredit paling sesuai untuk perniagaan internet dan bagaimana menyelesaikan masalah jika kad kredit anda tidak dapat melakukan transaksi diinternet.
|
| |
 |
Dimana untuk mendapatkan hosting, domain name yang MURAH dan BERKUALITI
Seminar ini akan menjelaskan semua keraguan mengenai pemilihan hosting dan domain name yang murah lagi berkualiti. Team SaifulSham akan memberitahu sendiri apakah syarikat hosting dan domain yang digunakan mereka.
Anda boleh mengikut apa yang mereka lakukan atau mencari sendiri penyedia yang sesuai berdasarkan spesifikasi yang mereka berikan. |
| |
 |
Bagaimana untuk membina Laman Web dengan Mudah, Cepat, Murah dan MENARIK PERHATIAN BAKAL PEMBELI
Kebanyakan usahawan internet yang baru tidak mempunyai panduan yang jelas dalam membina laman web perniagaan. Masalah utama adalah tidak tahu perisian yang sesuai dan tidak mempunyai kepakaran membina laman web.
Seminar ini akan memberikan anda tips-tips yang jelas untuk membina sebuah laman web. Sama ada laman web itu dibina anda sendiri atau anda menggunakan pereka laman web, pastikan anda mendapatkan tips-tips daripada Team SaifulSham.
Ini bagi memastikan anda tidak ditipu ataupun mendapat laman web yang tidak menarik perhatian bakal pembeli. Team SaifulSham akan menunjukkan laman web mereka yang meraih pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan.
Tugas anda hanyalah tiru apa yang mereka telah buat dan simpan ia sebagai rahsia anda! Shhhhh. |
| |
 |
Bagaimanakah strategi meletakkan harga bagi produk anda.
Kesalahan meletakkan harga adalah antara punca utama mengapa 80 peratus perniagaan internet gagal pada tahun pertama.
Meletakkan harga terlalu rendah boleh menjejaskan industri anda, tetapi meletakkan harga terlalu tinggi boleh menjejaskan kompetitif perniagaan anda.
Apakah jalan terbaik meletakkan harga bagi produk fizikal? Apakah jalan terbaik meletakkan harga produk digital? Apakah pula harga bagi perkhidmatan? Ketiga-tiganya ada tenik yang berbeza.
Proses meletakkan harga akan bergantung kepada strategi pemasaran anda dan Team SaifulSham akan mendedahkan kaedah yang tepat meletakkan harga berdasarkan strategi pemasaran berbeza. |
| |
 |
Apakah Payment Processor (Merchant Account) TERBAIK untuk digunakan sebagai Usahawan Internet Malaysia & Bagaimana Menggunakannya
PayPal, 2Checkout, WorldPay, atau NBEPay? Kesemua ini adalah payment processor yang biasa digunakan usahawan internet di Malaysia.
Ada antara anda mungkin biasa mendengar nama-nama diatas dan ada juga tidak mempunyai idea bagi nama-nama diatas. Usah gusar, Team SaifulSham akan menjelaskan satu-persatu payment processor tersebut.
Team SaifulSham tidak akan menyembunyikan mana-mana kelemahan payment processor. Sebagai contohnya, anda tidak boleh mengeluarkan wang secara terus dari PayPal. Tetapi, Team SaifulSham juga mempunyai kaedah penyelesaian kepada masalah itu.
Team SaifulSham mempunyai cadangan yang konkrit untuk payment processor bagi setiap jenis perniagaan.
Yang pasti, anda perlu mempunyai payment processor untuk menerima bayaran kad kredit dilaman web. |
 |
 |
Pasar Besar Internet, Laman Lelongan
Pernah anda mendengar nama Ebay & Lelong? Ketahui cara yang betul untuk mendapatkan harga tertinggi bagi produk yang anda tawarkan. belajar menulis iklan yang persuasif. |
 |
 |
Bagaimana menghantar Produk Ke Dalam dan Luar Negara TANPA dikenakan CUKAI OLEH KASTAM
Proses menghantar barangan adalah satu lagi proses kritikal sebagai usahawan internet. Bagi anda yang menjalankan perniagaan produk fizikal yang memerlukan penghantaran kepada pelanggan dilakukan, inilah satu-satunya seminar yang menceritakan dari A-Z bagaimana proses terbaik dalam penghantaran produk.
Penghantaran produk ke dalam negara dan luar negara adalah berbeza sama sekali. Dan terdapat 2 jenis penghantaran yang popular, iaitu airmail atau kurier.
Kesemua akan dijelaskan Team SaifulSham. Anda akhirnya akan mengetahui apakah caj-caj dalam proses penghantaran ke setiap negara didunia, dan bagaimana teknik meletakkan harga penghantaran dilaman web.
Terdapat beberapa teknik yang akan diajar antaranya "Rest of the world", "By Continent", dan juga "Every Country". Kesemua teknik ini tidak pernah diceritakan oleh mana-mana seminar perniagaan internet yang lain.
Anda juga akan diajar bagaimana membuat teknik pembungkusan terbaik bagi penghantaran kepada pelanggan. Dan teknik pembungkusan yang tepat boleh mengelakkan anda dikenakan caj penghantaran yang tinggi oleh syarikat pos dan kurier.
Dan satu kelebihan seminar ini, Team SaifulSham akan mendedahkan kaedah mengelakkan CUKAI dari KASTAM bagi setiap penghantaran produk anda! Yang pasti, jangan beritahu kepada kastam selepas anda belajar teknik ini. |
| |
 |
Bagaimana menguruskan hal-hal percukaian jika produk anda dikenakan cukai
Setiap negara mempunyai cukai-cukai tertentu buat produk yang dihantar ke negara mereka. Melalui pengalaman Team SaifulSham, terdapat beberapa kaedah untuk mengelakkan cukai. Kesemua akan diceritakan oleh mereka.
Walaubagaimanapun, terdapat keadaan di sesetengah negara dimana anda tidak boleh mengelak daripada produk anda dikenakan cukai, dan jangan risau. Team SaifulSham akan memberitahu secara jelas bagaimana situasi dan kaedah terbaik menanganinya. |
... dan banyak lagi! |
|
|
Modul #3
"Kaedah Promosi Yang Meningkatkan Keuntungan Dan Meninggalkan Pesaing"
| |
 |
Bagaimana menjana trafik melalui SEO dan Apakah teknik SEO Terbaik untuk Tahun 2007
Team SaifulSham berpengalaman lebih dari 4 tahun dalam perniagaan internet. Mereka tahu bagaimana untuk menjana pelawat (trafik) melalui teknik SEO (Search Engine Optimization).
Anda akan diberikan panduan bagaimana untuk memberikan kedudukan terbaik untuk laman web anda dalam enjin carian seperti Yahoo, Google dan MSN.
Prinsipnya mudah, semakin tinggi laman web anda berada dalam enjin carian untuk sesebuah kata kunci yang kompetitif, semakin tinggi jumlah trafik ke laman web anda.
Jumlah trafik yang tinggi menyumbang kepada peluang menghasilkan jualan yang tinggi.
Dengan pengalaman kami selama lebih 4 tahun, apa sahaja yang anda ingin tahu? Been There, Done That. :) |
| |
 |
Bagaimana menggunakan Promosi Offline Untuk Laman Web Anda
Selain promosi melalui internet, anda juga harus membuat promosi secara Offline. Terdapat beberapa teknik yang berkesan yang telah digunakan Team SaifulSham selama 4 tahun dalam meluaskan pasaran bukan sahaja diinternet, malahan di dunia nyata.
Team SaifulSham akan menunjukkan satu persatu bagaimana anda dapat membuat approach melalui media, menggunakan jabatan kerajaan dan syarikat korporat untuk mengembangkan jenama laman web anda. |
| |
 |
Bagaimana menggunakan Blog untuk menyokong Laman Web Perniagaan Anda
Salah satu kunci kejayaan jenama Team SaifulSham adalah melalui blog mereka, SaifulSham.com. Bermula dengan sebuah blog perniagaan yang biasa dalam tahun 2005, SaifulSham.com hari ini telah diiktiraf sebagai sebuah blog rujukan utama di Malaysia dalam perniagaan internet.
Mengikut populariti, SaifulSham berada dalam senarai 50 blog paling berpengaruh di Malaysia (setaraf dengan selebriti dan ahli politik terkenal tanahair).
Anda akan mendapat resepi khas yang diadun Team SaifulSham untuk membina blog yang menyokong laman web perniagaan anda. |
| |
 |
Bagaimana menjadi Tauke Program Affiliate Yang Berjaya
Anda akan diajar bagaimana menggunakan program Affiliate sebagai alat promosi laman web perniagaan anda.
Program affiliate adalah satu program dimana anda melantik agen-agen untuk mempromosikan produk anda diinternet. Setiap jualan yang terhasil dari agen tersebut akan diberikan komisyen.
Agen-agen jualan inilah askar-askar anda diinternet. Dengan jumlah askar yang ramai, anda tidak perlu membazirkan masa dan usaha anda sendirian untuk mencari pelanggan.
Jadi, inilah yang akan diajar Team SaifulSham. Team SaifulSham berpengalaman dalam mengendalikan 2 program affiliate laman web perniagaan mereka, dan sehingga kini mereka telah membayar ribuan ringgit komisyen kepada agen-agen affiliate mereka.
Segala kesamaran anda mengenai program affiliate seperti perisian program affiliate terbaik dan cara menggunakannya akan terjawab dalam seminar ini. Selepas ini, anda boleh menjadi taukeh affiliate yang berjaya. |
| |
 |
Bagaimana memasarkan produk Melalui Forum
Ramai orang tidak tahu menggunakan forum diinternet dengan betul. Disamping ruang perbincangan bermanfaat, forum juga boleh dijadikan tempat untuk mempromosikan laman web anda.
Tidak ramai yang tahu teknik efektif meletakkan iklan di forum.
Team SaifulSham akan mendedahkan bagaimana mereka mengajar Hafidz dari Cheapestcovers.com meraih ribuan dolar Amerika sebulan dengan hanya menggunakan pemasaran melalui Forum!
Hanya anda akan mendapat rahsia ini. |
| |
 |
Bagaimana membina jenama melalui entiti syarikat, melalui nombor telefon Amerika (PERCUMA), dan alamat perniagaan yang berprestij (murah)
Apabila anda mula membina perniagaan internet dengan menumpukan pasaran luar negara, secara tidak langsung perniagaan anda perlu entiti yang lebih beretika dan dipercayai. Team SaifulSham mempunyai pelanggan dari serata dunia terutamanya dari Amerika Syarikat.
Team SaifulSham mempunyai rahsia mereka tersendiri, bagaimana mereka membina entiti syarikat khas untuk perniagaan internet, bagaimana mereka mendapatkan nombor telefon Amerika secara percuma (khusus untuk pasaran Amerika), dan mendapatkan alamat perniagaan yang berprestij (bukan alamat rumah, tetapi alamat pejabat yang hebat seperti di KLCC pada harga yang murah). Jika anda mahu tahu, di seminar inilah tempatnya mereka mendedahkan segala-galanya! |
| |
 |
Bagaimana memasarkan produk melalui Social Networking Site Seperti Friendster, MySpace, dan Digg
Social Networking Site seperti Friendster, MySpace dan Digg telah berkembang menjadi satu fenomena dalam dunia internet. Selalunya, manusia menggunakan Social Networking Site untuk membina jaringan rakan.
Team SaifulSham akan menunjukkan bagaimana untuk mempromosikan produk dan laman web anda secara berkesan di laman seperti Friendster, MySpace dan Digg.
Menggunakan pengaruh Social Networking Site, adalah tidak mustahil untuk anda meraih pasaran yang lumayan dari kaedah promosi ini. |
 |
 |
Bagaimana menarik perhatian pelawat untuk membeli Produk anda walaupun laman web anda belum dilancarkan lagi!
Pernahkah anda mendengar teknik Pre-Launch? Jika didunia nyata, salah satu sebab kejayaan terbesar filem Cicakman adalah promosi besar-besaran yang dilakukan sebelum filem itu ditayangkan atau lebih dikenali sebagai teknik Pre-Launch.
Anda juga boleh mengaplikasikannya untuk perniagaan internet. Team SaifulSham sedia membocorkan rahsia bagaimana mereka mengaplikasikan teknik Pre-Launch dan sekaligus meraih tempahan buku tulisan mereka, "Rahsia Buat Duit Dengan Internet" sebanyak 100 unit dalam masa seminggu.
Team SaifulSham tahu bilakah teknik ini sesuai digunakan berdasarkan jenis produk, tahu bagaimana approach paling sesuai untuk teknik ini. Dan paling penting, persediaan laman web anda bagi teknik ini.
Ini semua anda akan pelajari dalam seminar nanti. |
... dan banyak lagi! |
|
|
Modul #4
"Tips-tips Kecil Secara Lisan Anda Perlu Catat Sendiri"
Pendidikan formal adalah 10%, Pendidikan tidak formal 90%. Anda mungkin tertanya-tanya, kenapa perlu kami membocorkan rahsia perniagaan kami sendiri bukan?
Kami seronok melakukannya, lagipun kami dibayar! :) Tapi sudah tentulah, ada beberapa tips yang tidak kami dedahkan sewenang-wenangnya. Bungkuslah perniagaan kami nanti kalau semua orang tahu. Namun, kepada mereka yang bersungguh-sungguh, apa salahnya. Jika anak didik kami berjaya, nama kami juga yang harum bukan? Jadi gunakan pen dan kertas yang kami beri, dan catat tips-tips rahsia yang akan kami kongsi sepanjang seminar ini nanti.
Ada banyak! |
|
|
BONUS HEBAT
Dapatkan bonus-bonus lumayan hebat ini dengan mendaftar hari ini juga.
Tapi, Anda TIDAK PERLU BAYAR PENUH!
Kami telah berjaya mendapatkan "short term deal" yang rendah untuk kos promosi dan penjimatan itu kami salurkan kepada anda. Buat masa yang terhad
RM 397 Sahaja
|
|
|
|
| |
| |
|
|
|
|
PRODUK LELAKI
PRODUK TERLARIS
PRODUK WANITA
SEMINAR BUAT DUIT
|